Wednesday, August 16, 2017

Kesakitan Yang Tak Tertanggung

Hai , harini saya nak cerita sikit em sikit ke 🤔😂 kkk saya tengah sakit sekarang tapi saya gagah kan diri juga nak buat itu ini sbb saya perlu kuat . Hanya diri saya je faham saya , takkan ada sesiapa faham saya . Dh 4 hari saya menunggu waktu untuk bercerita dengan abe tentang masalah yang saya simpan dan fikirkan . Tapi rasa nya tak perlu dah untuk saya bercerita lagi sbb saya dah buat keputusan akhirnya . Tahniah pada diri saya 😊 Biasa dia mmg ada dan selalu dgr saya bercerita . Kali ni dia sibuk dgn kerja dia jadi saya perlu faham , saya tak ganggu dia . Saya boleh tunggu . Tapi saya rindu sangat dekat dia . Tiba tiba saya rasa sedih smlm . Sbb dia tiba tiba emosi semacam . Mungkin sbb saya taknak jujur tentang alamat tempat dia bekerja yang saya mahukan . Niat saya bukan lah untuk menipu , saya nak pos kan hadiah hari jadi dia bulan lps . Jadi nak buat la suprise . Mesti dia suka kan tapi saya rasa mcm saya slh pulak sbb buat dia marah tentang tu . Maafkan lah saya . Saya tak dpt tidur malam td sbb diserang sakit , saya menangis dlm tidur saya yg tak lena . Awak tgglkan saya dgn emosi mcmtu . Mungkin mmg slh saya sbb jd penyebab . Hmm 😞 Harini saya ingat tak larat nak pergi kerja tapi saya teringat harini saya kene siapkan hadiah awak . Jadi saya teruskan juga walaupon saya sakit . Diri sendiri sakit mmg org tak tahu . Jadi di sini lah saya bercerita selain manusia . Dgn ‎اللّهُ semestinya , kerana Dia Maha Mengetahui . Terima kasih atas sakit dan ujian yang Engkau berikan . Sesungguhnya aku bersyukur atas limpah rahmat dan kurnia mu . Aku hambamu yang sering melakukan dosa . Harap satu hari awak akan faham semua ni .

Tuesday, July 25, 2017

Amarah mu

Hello 😚 Heyyy today i want to talk about " MARAH" aku tak tahu kenapa aku sangat sensitif dengan bende tu . Bila aku back up diri aku kata aku ni seorang yang hati lembut dan mudah sensitif orang tak percaya malah kata aku ni manja dan tak boleh kene marah . Aku rasa sakit bila orang kata mcmtu . Bukan aku tak boleh terima apa yang orang kata pada aku tapi aku pon sedang memahami diri aku hati aku perasaan aku sendiri . Aku takde hal klo orang coment psl diri aku , aku boleh perbaiki diri aku yang serba kekurangan ni ☺️ Aku tengok darma episod Mencintaimu Mr Photographer , episod 14 nazmi mula marah2 aira tinggikan suara disebabkan salah faham dan mmg rumah tangga nya nk dihancurkan oleh ayahnya sendiri em . Saar aira kene marah tu aku rasa mcm diri aku yg kene saat tu . Oh no 😭 sedih gila . Entah la aku rasa mcm nak derma kan hati aku ni pada yang memerlukan biar aku takde hati . Bila aku hati orang sakitkan em . Aku kadang2 tak tahu mne yg betul . Semua nya salah aku ke 😞 Hmm sakit bila dimarahi oleh orang yg aku sayang .

Sunday, July 23, 2017

Setelah 3 Bulan Berlalu

Hai السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 😊 Lama dah tak share story kat sini kan . Sejak kerja dah busy tak sempat nak bukak laptop . Laptop kat rumah tu pon agaknya dah merajuk dengan aku taknak on pulak ke skrin hitam jeke hahaha yela lagi pon laptop tu mmg dh problem tggu masa dan rezeki je nak ganti lain . Ceyyy banyak duit 😛 Hahahaha emm okay ni aku gigih tau bukak pakai phone . Ya ‎اللّهُ kecik nk mampuih nak taip nya kene hati2 kang typo tak pasal haha . Sebenarnya aku rindu nak luah lagi kat sini . Ni dah bulan julai tauuu nak dekat hujung bulan dah . Last aku cerita pon hujung bulan 4 kan sebelom aku masuk kerja . Tapi sepanjang aku tak berkongsi kat sini macam2 jugak la sakit yang aku pendam sampai harini aku dah tak ingat . Kalau nak cerita balik pon dah tak sama macam mana rasa nya waktu aku sakit tu , keadaan tengah sakit tu . Nak menulis kene la ade feeling baru menarik dan semangat heee 😬 Tapi setakat ni ‎اَلْحَمْدُلِلّهِ aku dengan keyo dah takde macam salah faham sangat . Tapi boleh tahan jugak kalau dia merajuk , nak tercabut jantung aku punya risau . Kalah merajuk aku yang perempuan ni tau 😂 Sebab sayang aku ikhlas dalam segala hal dengan dia dan untuk dia 😍 Rasa rasa bila satu hari nanti dia tahu pasal blog ni dia marah aku tak . Tapi mungkin dia akan fikir aku tidak jujur dengan dia atau sebaliknya . Aku harap dia tahu kenapa aku buat ni dan jadi macam ni . Bagi aku takkan ada manusia yang boleh faham diri dan hati aku yang sebenar walaupon ibu yang mengandungkan aku 9 bulan tu . Sebab tu orang kata hanya ‎اللّهُ sahaja yang tahu kita macam mana apa yang kita rasa semua nya , sebab Dia lah Pencipta kita ❤️ ‎اَلْحَمْدُلِلّهِ atas kurnia yang Emgkau berikan padaku . Ini adalah pemberian sebaik-baiknya bagi ku . Cukup indah aturan Mu menghadirkan seseorang dalam hidupku yang menjadi semangat hari hari ku . Terima Kasih . Saya sentiasa menyayangi awak  محمد خير أزرين بن چي سمن

Friday, April 28, 2017

SALAH AKU LAGI

Hey , sorry sebab dah lama tak update , busy sangat sejak habis praktikal ni , settlekan presentation , report , slide apa semua . Ni bru la free sikit sebab ade wifi 😂 hahaha sebab aku ni suka meluahkan sorang2 secara menulis atau menaip so better aku download je terus apps blogger ni . Tak payah la nak tunggu ade laptop baru boleh buat kerja em . Haritu aku ade lah heart broken sikit tapi dah okay sebab aku gigih nak settlekan dengan dia , dia yang terlalu banyak fikir sampai akhir nya dia letupkan benda yang dia pendam . Haihh dah dah dah its over . Hal yang harini pulak pasal salah faham ke salah aku ke ntah lah . Macam ni , aku yang buka topik pasal cemburu ni sbb lepas kejadian haritu aku dapat detect la yang dia sebenarnya em boleh tahan la cemburu nya . Yela makin lama makin kita kenal siapa yang kita rapat kita sayang apa semua kan . So aku tanya la sikit pasal cemburu dia terhadap aku , then dia dah jujur apa semua aku lega la sbb itu yang aku nak 😬 okay dia tanya aku pulak , aku share la apa yang aku rasa , cara aku handle mcm mne apa semua tapi dia terasa sebab ayat aku " im a professional " 😑 itu lah anggapan aku untuk aku handle jeles aku mcm kata2 semangat la . Dia mula spoil dengan aku . Aku dah sedaya upaya explain kat dia bukan itu maksud yang nak aku sampaikan tapi yela kalau aku terasa mesti aku tak peduli dengan apa yang orang tu explain kat aku . Em ntah la . Dia kata " yela awak je professional , saya ni tak . Awak cakap mcm tu seolah olah saya ni jeles mcm budak2 lepas ni awak nak duduk sebelah spe ke apa ikot lah " aduhh aku pon jadi tak sedap dengar ni , mmg spoil la aku . Okay aku mintak maaf percakapan aku tak hormat org atau ayat aku menyakitkan hati . Tapi tu lah aku sedih sebab apa yang nak aku sampaikan dia tak faham malah dia salah anggap . Mungkin betul org2 kata aku ni cakap atau bertindak tak fikir dulu buat kerja tak guna otak . Ye aku ni tak berguna . Ade je buat org sakit hati . Tapi tolong laa aku taknak org2 yang aku sayang jauh dari aku , dah taknak tegur mana silap aku , batas aku , tak peduli pasal aku . Bila itu terjadi maka sayang mu pada aku makin kurang . Harapan makin menjauh . Aku kesal dengan apa yang telah aku bangkitkan tadi . Benarkah ini semua salahku ? Ya ‎اللّهُ ampunilah aku . Aku harap aku dapat perbetulkan keadaan . Jangan Engkau membenciku 😔 sungguh aku kecewe , aku cuma harapkan fahaman tentang cara dan pendapat ku tapi aku mula percaya , tidak semua orang boleh terima pendapat dan cara kita 😢 termasuk org yang kita sayang . 

Tuesday, April 4, 2017

TABAH

Okay ni dah hari ketiga aku jadi penunggu ... hmm aku tak tahu nak buat apa nak rasa apa lagi , Dah 3 malam aku tewas , tidur dengan airmata . Hmm aku mula rasa macam ni sejak ISNIN 03/04/2017 02:45 AM ... Sejak tu , aku dengan dia jarang whatsapp , dia hanya chat untuk hal hal yang perlu je... Malam kedua aku masih okay macam biasa , aku pulak jenis memahami kekasih so aku ambik positive side je , malam tu dia ade tugasan nak buat nak submit dalam cidos, aku taknak la kacau dia , aku busy kan diri aku dengan main handphone dan laptop. Main twitter , instagram , kejap-kejap tengok whatsapp hmm , bukak laptop dengar lagu kat YOUTUBE ... Nak buat kerja pon malas lagi lagi kalo dah baring ... And satu bende nak cakap ni ! Aku dah berjaya bukak FB aku ! Ya allah happy nyaaa .. yelaa last aku bukak tahun 2014 ke 2015 . ni dah tahun 2017 .. aku terus tengok photo album aku , Ohmaiiii rinduuu nyaaa gambar dulu dulu HAHAHAHA gelak sakan aku sorang throwback dengan gambar sendiri ... and aku post lah satu gambar masa voka dulu masuk ig .... then ramai la mangkuk2 yang coment kat gambar tuu . hahahahaha tapi dalam masa aku tengah happy tuu tiba-tiba aku senyap , bila aku dapat  notification dari twitter " Keyo tweeted : okay coment aku tak dilayan . Kbye " aku terus bukak twitter and reply " coment apa bang " then dia balas takde ape . Hmm aku pon jadi serba salah la sbb tak tahu apa yang jadi ni . Tak lama lepas tu dia tweet lg " Aku dah delete sbb tak dilayan " Ya Allah terus mata aku panas dah berkaca ... Aku tak dapat notification pon dari ig yang keyo coment kat gambar aku , kalo lambat masuk notify pon mesti aku dah bukak coment kat ig tuu , aku scroll kot coment tu satu-satu . Tak mungkin aku tak nampak tak mungkin aku silap . Aku terus jadi sedih . Aku kalau nampak atau tahu keyo coment gambar aku laju aku reply , excited sgt mustahil aku tak layan hmm . Aku terus delete gambar tu , then malam tu stop sampai situ je . Dia pon takde chat aku takde tanya aku apa apa atau cakap apa apa , Okay esok pagi nya SELASA 04/04/2017 aku bangun dengan harapan yang lebih baik tapi takpelah , aku biarkan . Aku tak wish morning pon kat dia sampai la dia chat aku bagitahu dia nak gerak balik KELANTAN dah , Aku pon balas dengan mood yang biasa sebab taknak keruhkan keadaan lagi . Aku anggap jela dia penat lepas settlekan kerja then terus tido . Then dia chat bila dah berenti kat mana mana atau dah sampai ...Hmm malam yang ketiga adalah malam tadi . Aku faham dia penat semalam dia smpai Kelantan dengan tak makan nasi badan lenguh tak sempat rehat terus siap nak pergi hospital tengok atok dia . Malam dia chat la sekejap sebelom dia mandi . Bila dia pergi mandi hmm macam biasa dia hilang lagi , aku tahu dia tidur , Aku paksa diri aku untuk terima semua ni . Aku tak tahu la apa yang aku rasa , aku tak tahu kenapa aku nangis , aku tak tahu sama ada aku takut dengan situasi ni ke . Aku mula berfikir macam macam masa lak pelan pelan blah dari aku , ye aku tahu keyo takkan tinggalkan aku tapi hmm entah laa aku trauma ke ... Kenapa aku tiba tiba jadi salah faham dan tak memahami keyo ni , aku tak boleh sama kan situasi keyo dgn lak , aku sepatutnya masih bersyukur keyo penat penat pon masih sempat nak chat aku , aku kecewe . Aku tak tahu la mmg salah aku ke hmm . Sekarang aku rasa keyo busy dan tak banyak masa dengan aku . Malam tadi mmg terhibur and happening je kt twitter dengan keyo dengan beng tapi bila masuk whatsapp aku jadi lain jadi tak suka nak whatsapp rasa sakit dan sedih , hmmm sampai harini aku tak berkesempatan nak cakap dengan dia nak bincang dengan dia hal yang aku nak sangat tahu nak jawapan yang pasti untuk hati aku rasa lega , hmm agak agak seminggu ni aku banyak kluar kan air mata aku ke eh , emm seksa nya 3 malam yang lalu . Okay senang cita kau tak payah la berharap keyo ada dengan kau anis . Kau perlu survive hidup sendiri tanpa LELAKI . TOLONG JANGAN JADI LEMAH BILA LELAKI YANG KAU SAYANG TAKDE DENGAN KAU BILA KAU PERLUKAN DIA . Enough anis , kesian hati kau tuu , dah la hati ni sensitif mudah menangis .ADAKAH AKU PERLU TERUSKAN HARI HARI AKU MACAM BIASA DENGAN KEYO WALAUPON AKU SIMPAN PAHIT DALAM DALAM ??? T.T patut ke aku terus buat okay dengan dia walaupon sebenarnya aku tak okay , tapi demi kebaikan hubungan kita aku diamkan , bila aku dah hadamkan nnti hilang laa , aku takkan dendam dengan dia . Hahahaha dari hari isnin pagi aku mesti lapar , nak lepas kan tension , hahahaha tapi sekarang aku tak boleh la nak whtasapp keyo , bila aku chat dia mata aku berair , apa yang sedih sangat ntah aku ni ... bila la selsema tu nak hilang kalau asyik nangis ni ...

Thursday, March 16, 2017

FEELINGLESS NOT HEARTLESS

Haiii saya muncul lagi kat sini , huhuhuhuuu ...... okay ni nak cakap , hmm minggu ni sunyi sangat sbb dia busy . Nasib baik aku ni jenis gf yang memahami . Tak kesah ditinggalkan sebab kerja dia . Cuma tu lah ade la sikit terasa yang kurang okay bila dia takde , tapi fikir balik aku tak perlu bergantung harap dengan dia setiap waktu . Nanti masing2 dah kerja pon lagi busy masing2 takde waktu yang banyak macam sekarang so takpayah nak terasa sangat or manja  sangat anis oiii . Hmm aku dah terbiasa dia selalu ade . Okay kadang2 aku nangis jugak bila dia takde saat aku perlukan dia . Tapi takpela aku tak salah kan dia pon . Senang cita kau hadam jela anis apa kau rasa ni demi kebaikan hubungan kau dgn dia. Dah la tu takyah nak terasa lagi, think positive je mungkin dia penat dan taknak diganggu, kau pulak asyik kacau dia tido. Kesian la kat keyo tu , hmmm okayyyy saya undur sekian terima kasih <3

Friday, February 24, 2017

FIGHT ALONE

Aku sedih sangat sebab aku memang rasa aku fight sorang untuk jumpa dia. Dia taknak tolong aku dah. Aku tahu kalau orang lain pon akan sependapat dengan dia. Dia sekarang dah tak kisah aku nak jumpa dia atau tak sbb dia malas nak fikir nnti kalau dia sokong tapi tak jadi dia akan kecewe dan hilang mood nak cakap dengan aku. Andai kau tahu aku lebih kecewe daripada kau bila aku plan semua nya tak jadi tapi aku taknak over tunjuk kat kau. Betapa sakit yang aku rasakan, tambah lagi kau kata mcm tu. Aku pon give up untuk bgtau kau yg aku akan jumpa kau lagi kecuali mmg aku boleh jumpa kau saat tu takde halangan. Andai kau tahu every weekend aku fikir nak jumpa kau, aku tak pernah putus asa dari berfikir nak jumpa kau.


Wednesday, February 22, 2017

PERPISAHAN ITU MENANTI

Semakin hari semakin sedih pulak rasa, Patut nya makin hari makin happy tapi hati sendiri rasa. Bila cerita kat orang pun orang lain takkan faham apa yang kita rasa. Lebih baik kita sendiri yang menahan rasa ni. Even dengan yang tersayang pon kita tak dapat nak share. Bukan membelakangkan awak, tapi kalau saya luah pada awak pon. Awak juga yang hilang mood. Saya ingatkan saya luah rasa sedih ni awak akan kuatkan saya tapi sebaliknya. Saya pula kene pujuk awak. Saya yang sedih ni kene kuat sendiri la untuk cakap baik-baik dengan awak. So apa yang saya dapat dari perkara tu, betul lah org kata "jangan sesekali kita mengharapkan orang lain ada untuk menguatkan atau membangunkan kita tapi kita sendiri kene kuat kene bangun sendiri" saya luah dekat sini sebab saya tak dapat luah dekat awak. Bukan saya taknak jujur tapi saya tak nak rosakkan keadaan yang elok. Saya harap awak faham walaupon saya tahu awak tak tahu blog saya ni dah hidup semula. Hehehehe