Friday, February 24, 2017

FIGHT ALONE

Aku sedih sangat sebab aku memang rasa aku fight sorang untuk jumpa dia. Dia taknak tolong aku dah. Aku tahu kalau orang lain pon akan sependapat dengan dia. Dia sekarang dah tak kisah aku nak jumpa dia atau tak sbb dia malas nak fikir nnti kalau dia sokong tapi tak jadi dia akan kecewe dan hilang mood nak cakap dengan aku. Andai kau tahu aku lebih kecewe daripada kau bila aku plan semua nya tak jadi tapi aku taknak over tunjuk kat kau. Betapa sakit yang aku rasakan, tambah lagi kau kata mcm tu. Aku pon give up untuk bgtau kau yg aku akan jumpa kau lagi kecuali mmg aku boleh jumpa kau saat tu takde halangan. Andai kau tahu every weekend aku fikir nak jumpa kau, aku tak pernah putus asa dari berfikir nak jumpa kau.


Wednesday, February 22, 2017

PERPISAHAN ITU MENANTI

Semakin hari semakin sedih pulak rasa, Patut nya makin hari makin happy tapi hati sendiri rasa. Bila cerita kat orang pun orang lain takkan faham apa yang kita rasa. Lebih baik kita sendiri yang menahan rasa ni. Even dengan yang tersayang pon kita tak dapat nak share. Bukan membelakangkan awak, tapi kalau saya luah pada awak pon. Awak juga yang hilang mood. Saya ingatkan saya luah rasa sedih ni awak akan kuatkan saya tapi sebaliknya. Saya pula kene pujuk awak. Saya yang sedih ni kene kuat sendiri la untuk cakap baik-baik dengan awak. So apa yang saya dapat dari perkara tu, betul lah org kata "jangan sesekali kita mengharapkan orang lain ada untuk menguatkan atau membangunkan kita tapi kita sendiri kene kuat kene bangun sendiri" saya luah dekat sini sebab saya tak dapat luah dekat awak. Bukan saya taknak jujur tapi saya tak nak rosakkan keadaan yang elok. Saya harap awak faham walaupon saya tahu awak tak tahu blog saya ni dah hidup semula. Hehehehe