Friday, April 28, 2017

SALAH AKU LAGI

Hey , sorry sebab dah lama tak update , busy sangat sejak habis praktikal ni , settlekan presentation , report , slide apa semua . Ni bru la free sikit sebab ade wifi πŸ˜‚ hahaha sebab aku ni suka meluahkan sorang2 secara menulis atau menaip so better aku download je terus apps blogger ni . Tak payah la nak tunggu ade laptop baru boleh buat kerja em . Haritu aku ade lah heart broken sikit tapi dah okay sebab aku gigih nak settlekan dengan dia , dia yang terlalu banyak fikir sampai akhir nya dia letupkan benda yang dia pendam . Haihh dah dah dah its over . Hal yang harini pulak pasal salah faham ke salah aku ke ntah lah . Macam ni , aku yang buka topik pasal cemburu ni sbb lepas kejadian haritu aku dapat detect la yang dia sebenarnya em boleh tahan la cemburu nya . Yela makin lama makin kita kenal siapa yang kita rapat kita sayang apa semua kan . So aku tanya la sikit pasal cemburu dia terhadap aku , then dia dah jujur apa semua aku lega la sbb itu yang aku nak 😬 okay dia tanya aku pulak , aku share la apa yang aku rasa , cara aku handle mcm mne apa semua tapi dia terasa sebab ayat aku " im a professional " πŸ˜‘ itu lah anggapan aku untuk aku handle jeles aku mcm kata2 semangat la . Dia mula spoil dengan aku . Aku dah sedaya upaya explain kat dia bukan itu maksud yang nak aku sampaikan tapi yela kalau aku terasa mesti aku tak peduli dengan apa yang orang tu explain kat aku . Em ntah la . Dia kata " yela awak je professional , saya ni tak . Awak cakap mcm tu seolah olah saya ni jeles mcm budak2 lepas ni awak nak duduk sebelah spe ke apa ikot lah " aduhh aku pon jadi tak sedap dengar ni , mmg spoil la aku . Okay aku mintak maaf percakapan aku tak hormat org atau ayat aku menyakitkan hati . Tapi tu lah aku sedih sebab apa yang nak aku sampaikan dia tak faham malah dia salah anggap . Mungkin betul org2 kata aku ni cakap atau bertindak tak fikir dulu buat kerja tak guna otak . Ye aku ni tak berguna . Ade je buat org sakit hati . Tapi tolong laa aku taknak org2 yang aku sayang jauh dari aku , dah taknak tegur mana silap aku , batas aku , tak peduli pasal aku . Bila itu terjadi maka sayang mu pada aku makin kurang . Harapan makin menjauh . Aku kesal dengan apa yang telah aku bangkitkan tadi . Benarkah ini semua salahku ? Ya ‎Ψ§Ω„Ω„ّΩ‡ُ ampunilah aku . Aku harap aku dapat perbetulkan keadaan . Jangan Engkau membenciku πŸ˜” sungguh aku kecewe , aku cuma harapkan fahaman tentang cara dan pendapat ku tapi aku mula percaya , tidak semua orang boleh terima pendapat dan cara kita 😒 termasuk org yang kita sayang . 

No comments:

Post a Comment